Akaun donationofidledanimals.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

"TUHAN MELIPAT GANDAKAN GANJARAN KEATAS ORANG YANG BERSEDEKAH"

"TUHAN MELIPAT GANDAKAN GANJARAN KEATAS ORANG YANG BERSEDEKAH"



MEMERLUKAN SUMBANGAN IKHLAS HATI DARI TUAN ATAU PUAN BAGI MENAMPUNG KOS PENGURUSAN DAN PEMBIAYAAN KEPERLUAN HAIWAN TERBIAR


Beri makan kepada haiwan tidak bertuan

Ia berdasarkan hadis daripada Abdullah bin Umar bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Seorang perempuan telah diseksa kerana kucing yang dikurungnya sehingga mati, maka dia dimasukkan ke dalam neraka. Dia tidak memberi kucing itu makan dan minum ketika mengurungnya dan dia tidak pula melepaskannya mencari makanannya sendiri daripada haiwan haiwan kecil.” (Riwayat Muslim)


Daripada Abu Hurairah, bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Ketika seorang lelaki sedang berjalan, dia berasa sangat dahaga, lalu terjumpa sebuah perigi. Dia pun turun ke dalamnya lalu meminum (air telaga tersebut). Ketika dia keluar dari perigi tersebut, dia ternampak seekor anjing yang menjelirkan lidahnya, memakan tanah kerana kehausan.

Lelaki itu berikata: "Anjing ini tentu sangat dahaga sebagaimana dahaga yang menimpaku sebentar tadi.”

Lalu dia pun turun semula ke dalam perigi dan memenuhkan kasutnya dengan air, kemudian dia memegang kasutnya dengan mulutnya hingga dia berjaya memanjat sampai ke atas semula, lalu dia memberi anjing itu minum.

Anjing itu bersyukur kepada ALLAH atas bantuan lelaki itu, lalu ALLAH mengampunkannya.

Para sahabat bertanya: "Wahai Rasulullah, adakah bagi kami ganjaran pada haiwan seperti ini?"

Baginda bersabda: "Pada setiap hati yang basah itu ada ganjaran (bagi yang berbuat baik kepadanya).” (Riwayat Muslim)

Menurut Imam al-Nawawi dalam Syarh Sahih Muslim: “Akan terhasil pahala yang besar daripada perbuatan memberi minum haiwan.

Pahala ini juga akan terhasil dengan perbuatan yang seumpamanya, seperti memberi makan dan lain-lain perbuatan yang bersifat ihsan terhadap haiwan, tidak kira sama ada haiwan itu dipelihara ataupun tidak.”

Jelas bahawa perbuatan memberi makanan kepada haiwan yang tidak bertuan merupakan amalan terpuji.

ALLAH SWT menjanjikan balasan yang baik untuk hamba-Nya yang bersifat ihsan kepada haiwan.

Mungkin selepas ini, kita boleh sediakan makanan kucing di dalam kereta atau beg.

Apabila ‘bertembung’ dengan haiwan yang tidak bertuan itu, bolehlah diberikan makanan berkenaan.





SIAPA KAMI ? 


Kami merupakan badan NGO yang bergiat aktif dalam memberi bantuan kepada para haiwan yang terbiar. Kami, BANTUAN HAIWAN PRIHATIN ditubuhkan untuk membela nasib haiwan - haiwan yang kurang bernasib baik seperti kucing terbiar dan anjing jalanan. Amat menyayat hati apabila kami menjumpai haiwan yang kurus kering, berpenyakit seperti kutu, kurap, sporo, fungus dan lain-lain lagi.

Kebiasaanya, haiwan – haiwan ini hanya dipandang sebelah mata sahaja. Namun, pada hakikatnya ada diantara haiwan ini telah diseksa dengan teruk seperti dijirus air panas, dipotong kaki dan sebagainya. Ada diantara mereka memberi alasan seperti , haiwan ini menganggu ketenteraman awam , merosakkan perniagaan dan sebagainya. Persoalan yang timbul dalam kalangan kami ialah dimanakah naluri kemanusiaan dalam diri masyarakat kita? Tidakkah mereka kasian, sediah atau tersentuh apabila melihat haiwan terbiar ini merena, kelaparan tak mati kebulur.

INFO SEMASA AKTIVITI BANTUAN HAIWAN PRIHATIN 

Syukur kepada Tuhan, aktiviti ini telah berjaya dijalankan semenjak bulan April yang lalu sehingga kini, namun oleh kerana kekurangan dana aktiviti ini terpaksa dihentikan. Ekoran masalah ekonomi Negara rentetan virus COVID-19, ia bukan sahaja memberi kesan kepada manusia, malahan haiwan terbiar/ jalanan seperti anjing dan kucing turut terkesan. Perkara ini dapat dilihat apabila terdapat banyak kucing dan anjing jalanan mati kelaparan. Haiwan ini bergantung 90% makanan daripada manusia selain memburu makanan sendiri. Apabila PKPP dijalankan, haiwan ini kehilangan punca makanan dan seterusnya mati kelaparan.

Oleh itu, kami mengambil inisiatif ini untuk turun ke padang dan membantu memberi bantuan makanan, ubat-ubatan dan kos rawatan bagi yang memerlukan. Selain membantu anda mengumpul saham akhirat yang berpanjangan. Kami mengucapkan terima kasih dan mendoakan agar kehidupan tuan puan dilimpahkan dengan rezeki yang berkat dan sentiasa berada dalam kesihatan yang baik. Amin. Sesungguhnya seekor kucing itu datang dengan Malaikat yang membawa rezeki. 


PEMBIAYAAN MAKANAN,UBAT-UBATAN & KOS RAWATAN

Pihak kami sedang mengumpul dana bagi pembiayaan pengurusan, makanan, ubat-ubatan dan kos rawatan yang bakal digunakan oleh sukarelawan untuk disalurkan kepada haiwan terbiar seperti anjing dan kucing jalanan.

Oleh itu, kami amat mengalu-alukan sumbangan berbentuk makanan kucing/kibbles atau ubat-ubatan untuk digunakan. Pihak tuan/puan boleh berhubung dengan pihak kami untuk mengetahui keperluan semasa untuk meneruskan aktiviti ini. Diatas perkara ini, pihak kami membuka peluang pahala amal jariah buat saudara saudari semua untuk sama-sama mengumpul saham akhirat bersama-sama.






JUMLAH SUMBANGAN YANG DIPERLUKAN ?


Anggaran keseluruhan perbelanjaan adalah sebanyak RM150,000.00 yang meliputi makanan, kos ubat-ubatan dan kos rawatan kucing/anjing terbiar.

Jika berkesempatan, kami, Pertubuhan Bantuan Haiwan Prihatin juga ingin membuka peluang untuk menjadi sukarelawan dari pelbagai negeri. Namun kerana kekurangan dana, misi ini hanya dapat dijalankan di beberapa kawasan sahaja..

Terdapat 6 orang sukarelawan sedia ada di kawasan Kelantan dan Terengganu. 

*Kami juga memerlukan 20 orang sukarelawan di sekitar Besut & Jerteh Terengganu untuk memberi makanan kepada kucing/anjing jalanan dan memberi rawatan kepada mereka menggunakan dana yang diperoleh.

*Selebihnya akan digunakan bagi membiayai kos bayaran sukarelawan di seluruh Malaysia.

ANTARA GAMBAR SEMASA AKTIVITI DIJALANKAN


Aktiviti ini telah dijalankan oleh sukarelawan di sekitar negeri Terengganu & Kelantan. Diharapkan agar lebih banyak sumbangan dan sukarelawan yang dapat ikuti kami di seluruh negeri.

Apakah Perancangan kami di masa hadapan? 
  1. Merawat, memberi makan dan menyelamatkan haiwan terbiar (SEDANG BERJALAN ATAS SUMBANGAN ANDA)
  2. Mewujudkan sebuah pusat penempatan haiwan terbiar.
  3. Mewujudkan lebih ramai sukarelawan di setiap daerah di seluruh Malaysia.
  4. Membantu masyarakat untuk melakukan kerja amal.
  5. Meningkatkan sifat kemanusiaan dalam diri masyarakat kita.

Bagaimana anda boleh membantu? 

Untuk memudahkan saudara/saudari menghulurkan bantuan, pihak kami telah menyusun mengikut pakej seperti di bawah:

PAKEJ SEIKHLAS HATI HAIWAN TERBIAR - RM 10
+ PAKEJ TAJAAN MAKANAN HAIWAN TERBIAR -  RM 50
+ PAKEJ TAJAAN UBAT-UBATAN & RAWATAN HAIWAN TERBIAR -  RM 50
+ PAKEJ PEMBINAAN PUSAT PERLINDUNGAN HAIWAN TERBIAR - RM100 

Semoga usaha kita itu akan menambah saham pahala di akhirat kelak.

Ayuhlah Bersama-sama kita mencari saham untuk akhirat kita dan keluarga kita. In Shaa Allah, dengan berkat dari Allah S.W.T. semoga niat dan tujuan kita diberkati oleh NYA.




Penafian: 

  1. Bagi pembayaran mengunakan payment gateway Toyyibpay, selepas pembayaran di statement bank akan terpapar pembayaran kepada BANTUAN HAIWAN PRIHATIN. Ini merupakan rakan kerjasama pembayaran kami.
  2. Pembayaran termasuk RM1 caj payment gateway Toyyibpay.
  3. Jika ada sebarang pertanyaan atau masalah untuk isi borang ini sila hubungi  : 01157628618 (Bantuan Haiwan Prihatin)